Friday, July 18, 2014

Berdoa dan bersimpati pada MH17

Awal pagi tadi seluruh dunia khususnya seluruh Malaysia telah digemparkan dengan satu lagi berita yang sangat menyedihkan. Pesawat  MAS MH 17 yang bertolak dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak dan jatuh terhempas di sempadan Russia dan Ukraine. Di beritakan bahawa kesemua penumpangnya maut ditempat kejadian.
Kami disini turut merasa hiba dan bersimpati atas berita ini. Di harapkan agar para keluarga , sahabat serta kenalan kepada  penumpang agar tabah menghadapi ujian ini.
Kematian itu satu kepastian. itu janji Allah. Semua yang bernyawa pasti merasai mati. Itu adalah pengajaran bagi kita yang hidup. Kita akan di jemput Allah bila - bila masa sahaja tanpa diduga. Orang yang bijak adalah orang sentiasa mengingati mati..
bersabarlah dan tabahlah menghadapi ujian ini. Salam Takziah dari Kami.
 

No comments:

Post a Comment