Tuesday, October 21, 2014

Tak sunat lagi?! Jom...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cuti sekolah hujungtahun hampir bermula ..
Kepada sesapa yang mempunyai anak, anak - anak, anak sedara, anak angkat, anak tiri, anak menakan, anak menantu atau diri sendiri   yang masih belum bersunat, anda masih tidak terlewat untuk menunaikan tangunggjawab tersebut.
Di sini kami menyediakan ruang dan tempat untuk anda melaksanakan tanggungjawab tersebut.
promosi sempena cuti sekolah hanya sekadar RM120 sahaja.
Anda boleh menghubungi kami di talian 03-80651839 atau 0380515451 untuk menempah masa dan slot.
Tahun lepas kami dan team Radio ERA JoHaRa pagi bersama Johan dan kawan- kawannya telah berjaya melaksanakan program Mari Berkhatan . seramai 10 orang telah kami sunatkan pada ketika itu. Jumlah kanak - kanak yang telah kami sunatkan setakat ini telah melebehi 1000 orang. Alhamdulilah semuanya selamat.






Friday, September 12, 2014

Disini Lahirnya sebuah cinta

Kemerdekaan bagi kami adalah dapat merasai kebebasan yang mutlak sebagai rakyat Malaysia. Kebebasan ini adalah nikmat dan anugerah yang diberikan oleh Allah yang harus kita syukuri. Bukan semua Negara di dunia ini dapat menikmati rasa kemerdekaan.
Kerana ada Negara yang merdeka tapi masih tidak bebas,
Kerana ada Negara yang sudah merdeka tapi hati dan pemikiran masih di jajah
Kerana ada Negara yang masih belum merdeka
Kerana ada Negara yang sudah lama merdeka, tapi masih berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan .
kerana itu , kena ada rasa kecintaan untuk sebuah Negara yang sudah merdeka dan bebas.
Dan disinilah lahirnya sebuah cinta
  

Friday, July 25, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2014



Sekalung ucapan dari kami untuk semua . Moga hari raya yang bakal tiba ini memberi barkah kepada semua. Jaga kesihatan anda , jangan makan terlalu banyak, Eratkan hubungan silaturrahim antara keluarga, Jaga keselamatan di jalan raya , pandu cermat . Jika mengantuk , sila lah singgah dahulu di stesyen minyak ke R&R ke.. dan yang paling penting untuk adik2 , jangan main mercun yang dilarang. sayangilah jiwa anda.
Selamat hari raya aidil fitri dari kami.

Friday, July 18, 2014

Berdoa dan bersimpati pada MH17

Awal pagi tadi seluruh dunia khususnya seluruh Malaysia telah digemparkan dengan satu lagi berita yang sangat menyedihkan. Pesawat  MAS MH 17 yang bertolak dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak dan jatuh terhempas di sempadan Russia dan Ukraine. Di beritakan bahawa kesemua penumpangnya maut ditempat kejadian.
Kami disini turut merasa hiba dan bersimpati atas berita ini. Di harapkan agar para keluarga , sahabat serta kenalan kepada  penumpang agar tabah menghadapi ujian ini.
Kematian itu satu kepastian. itu janji Allah. Semua yang bernyawa pasti merasai mati. Itu adalah pengajaran bagi kita yang hidup. Kita akan di jemput Allah bila - bila masa sahaja tanpa diduga. Orang yang bijak adalah orang sentiasa mengingati mati..
bersabarlah dan tabahlah menghadapi ujian ini. Salam Takziah dari Kami.
 

Sunday, July 13, 2014

Freedom for Gaza , Palestinian..

We standby on you Gaza.. May Allah grant you a strong heart and Iman. Insya Allah

Thursday, July 3, 2014

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan


Salam Ramadhan .. Alhamdulilah kita di pertemukan kembali dengan ramadhan. Bagi umat Islam seluruh dunia, inilah masa untuk kita mempertingkatkan ibadah. Banyak peluang dan slot yang disediakan oleh Allah untuk menambah iman: Nuzul Al-Quran, Qiamullail, Tarawikh, Lailatul Qadr, Zakat Fitrah, Sedekah jariah, Iftar Jamai ... semuanya tu diperuntukkan Allah untuk umat islam memperbanyakkan ibadah.
Jangan lupa kesihatan badan juga hendaklan dijaga supaya kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna . Minum air lebih sedikit ketika berbuka dan bersahur agar dapat meningkat hidrasi ketika berpuasa. jangan makan terlalu banyak ketika berbuka , kerana ia mengundang penyakit berkaitan metabolisma dan saluran pencernaan.
Semoga ramadhan kali ini memberi berkah serta menambah iman didada. insya Allah
Ramadhan Kareem .
 


selamat berpuasa

Tidak terlalu lambat lagi untuk kami mengucapkan selamat berpuasa.
Tunaikanlah ibadah berpuasa dengan penuh pengharapan kepada Allah agar puasa kita diterima Nya. Juga berlumbalah untuk mengerjakan segala ibadah samada wajib atau sunat keran ganjaran nya tidak terhingga di akhirat nanti.
jangan lupa untu menjaga kesihatan ketika berpuasa. kekalkan hidrasi badan agar kita sentiasa segar untuk mengejakan ibadah.
Selamat berpuasa .


Monday, June 2, 2014

yeah.. cuti sekolah pertengahan tahun.

Salam sejahtera ..


Cuti sekolah pertengahan tahun sedang berlangsung. pada saat ini , seramai 20 orang kanak - kanak lelaki  telah Berjaya kami sunatkan . Alhamdulilah setakat ini tiada komplikasi yang berlaku..
Seramai 10 orang kanak - kanak lelaki juga akan disunatkan pada hari ini.
Tidak sampai sebulan lagi untuk umat islam menunaikan tanggungjawabnya untuk berpuasa. ramadhan akan menjelma tidak lama lagi.
kami mengucapkan menanti kehadiran ramadhan. Ahlan wa sahlan ya - ramadhan...

Wednesday, January 1, 2014

Assalamualaikum 2014
Selamat tinggal dan terima kasih 2013

Pelbagai suka duka telah kami lalui sepanjang 2013
yang baik kami jadikan pedoman dan akan simpan dalam kotak ingatan yang tak elok kami jadikan pengajaran untuk kami terus maju.

Khususnya bagi program Jom Berkhatan 2013 yang telah berlalu..
Seramai hampir 400 orang kanak-kanak telah berjaya kami sunatkan . Tahniah adik - adik. Anda telah pun menjadi lelaki dewasa
Semoga dengan usaha murni kami dan anda akan membuat adik - adik bertambah cekal dan berani di masa hadapan . Insya Allah

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat :
1.0) Ahli rukun tetanga apartment seri tanjung USJ 16
2.0) Rukun tetangga Taman Mas
3.0) Ahli kariah surau cheras maju
4.0) ahli kariah surau nurul iman saujana puchong
5.0) JOHARA Radio ERA FM

Kerana telah menjemput kami untuk menjayakan program berkhatan pada tahun 2013 yang lepas . Semoga dengan usaha murni kalian akan diberikan ganjaran yang setimpalnya oleh Allah.

Diharap dihujung tahun 2014 nanti akan lebih usaha murni kami semua . Insha Allah .
Disini saya sertakan gambar - gambar kengan manis sepnajnag tempoh berkhatan .

Terima kasih kepada semua .