Selamat tahun Baru 2013
Pelbagai pahit manis yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan ditinggalkan sebagai kenangan. Bermacam- macam peristiwa yang terjadi akan dijadikan sejarah dalam kehidupan. Berbagai perasaan suka duka dalam kehidupan akan dicatitkan dalam sudut kotak hati dan ingatan.
Apa yang penting adalah kehidupan mestilah diteruskan. Banyak lagi hajat yang masih belum tercapai. Berbilang lagi cita - cita dan angan - angan yang belum ditunaikan. Pelbagai lagi perkara yang perlu diubah untuk membentuk masa depan yang cemerlang.
Tahun 2013 akan muncul tidak lama lagi. Marilah kita sama - sama mencipta satu mercu tanda kegemilangan untuk mencipta sejarah dalam kehidupan bagi masa depan yang gemilang. Ubahlah apa yang berlaku pada silam bagi membaiki masa depan yang terbilang.
Ucapan kami beribu dan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung, pesakit dan pelanggan kami kerana telah memberi sokongan yang penuh kepada kami untuk terus maju hingga ke saat ini. Kami beriltzam untuk membaiki lagi perkhidmatan kami demi menjamin perkhidmatan kesihatan primer yang terbaik kepada semua pesakit.
Selamat menyambut tahun baru 2013!
No comments:
Post a Comment