Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri..

Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran umat islam diseluruh dunia akan tiba tidak lama lagi. Bagi kami warga kerja Poliklinik Mymedik ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Jagalah kesihatan anda setiap masa. Kawal pemakanan anda ketika berHari Raya. Adik - adik jika ingin bermain bunga api, jaga diri baik-baik, kemalangan boleh terjadi bila - bila masa saja. Bagi yang sedang memandu pulang ke kampung halaman, Selamat Pulang berhari raya. pandu cermat jiwa selamat.
Dikesempatan ini juga kami ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pesakit, pelanggan dan juga tetamu yang telah datang ke klinik kami . Harapan kami supaya anda kekal sihat sentiasa.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.





1 comment:

  1. assalamualaikum w.b.t

    saya pelajar tajaan MARA dari Taylor's university, dan saya bersama 5 rakan yang lain nak buat medical check up di poliklinik ni based on borang yang yang dah disediakan oleh pihak universiti. memang susah nak cari package ada semua required investigations so kami nak tanya berapa caj untuk chek up ni;

    1. PHYSICAL EXAMINATION (basic, general, systemic)
    2. URINE TEST - albumin,sugar,microscopic,morphine,cannabis,amphetamines type stimulant.
    3.BLOOD TEST - Hepatitis Bs antigen, hepatitis c, HIV, VDRL/TPHA, Malarial parasite
    4. CHEST X-RAY

    DIharapkan tuan/puan dapat memaklumkan kepada saya caj yang bakal dikenakan.
    terima kasih.

    ReplyDelete