Salam 1Malaysia ,
Musim cuti sekolah semakin hampir ...
dan musim peperiksaan sedang rancak .. PMR baru saja berakhir, UPSR dah pun habis dan kini SPM yang akan muncul tidak lama lagi..
Selain dari itu, pelajar - pelajar universiti juga kebanyakannya akan menduduki peperiksaan. Apapun jua , walau dimana jua pun anda berada , kami mengucapkan selamat menduduki peperiksaan . semoga mendapat kejayaan yang diinginkan . InsyaAllah..
Di sini kami ingi membuka semula promosi berkhatan sempena cuti sekolah. Bagi Ibu Bapa yang mempunyai anak lelaki berumur 7 tahun ke atas yang masih belum bersunat, bolehlah mendaftarkan nama anak anda di klinik kami. Seperti tahun lepas , harga masih tetap RM100 dgn kaedah yang sama dan orang yang sama..
Jangan lepaskan peluang anda untuk sama - sama menunaikan tanggungjawab ini.
Friday, October 19, 2012
Friday, August 17, 2012
Salam Aidilfitri..
Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran umat islam diseluruh dunia akan tiba tidak lama lagi. Bagi kami warga kerja Poliklinik Mymedik ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Jagalah kesihatan anda setiap masa. Kawal pemakanan anda ketika berHari Raya. Adik - adik jika ingin bermain bunga api, jaga diri baik-baik, kemalangan boleh terjadi bila - bila masa saja. Bagi yang sedang memandu pulang ke kampung halaman, Selamat Pulang berhari raya. pandu cermat jiwa selamat.
Dikesempatan ini juga kami ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pesakit, pelanggan dan juga tetamu yang telah datang ke klinik kami . Harapan kami supaya anda kekal sihat sentiasa.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

Sunday, January 1, 2012
Selamat Datang 2012
Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana program berkhatan 2011 telah pun berakhir. terima kasih tidak terhingga kepada semua kanak - kanak dan para ibu bapa yang telah menyertai program kami . Penghargan ini juga kami rakamkan kepada ahli jawatankuasa surau Al-Falah , jalan kebun Kelang, surau aman putra Puchong dan ahli jawatankuasa masjid putra perdana kerana telah menjayakan program berkhatan 2011. Seramai hampir 300 kanak - kanak telah selamat disunatkan.
Berlalunya tahun 2011 dengan penuh dugaan dan cabaran serta kenangan manis yang mencuit hati, kini tiba pula tahun baru 2012. Selamat datang tahun baru , semoga memberi kebaikan kepada kami dan juga para pengunjung klinik kami ini. Sepenuh jiwa dan raga kami cuba untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan yang diberi agar para pengunjung mendapat yang terbaik daripada kami. Jika ada sebarang komen, teguran dan cadangan kami terima dengan hati yang terbuka demi untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik dari kami. Selamat Datang 2012....

Friday, September 2, 2011
SELAMAT HARI RAYA
Warga Poliklinik Mymedik mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, pandulah dengan jiwa yang tenang. Ingatlah mereka yang menanti kepulangan anda. Bagi adik - adik, berhati - hati ketika main mercun dan bunga api. jangan sampai hilang tangan atau jari. Fikirlah masa depan anda. Diwaktu menyambut hari lebaran ini, jangan sampai berlebih-lebihan. Makanlah ikut kesihatan. bagi mereka yang mula berpuasa sunat enam , selamat berpuasa, Semoga tabah menghadapi dugaan di hari raya.
Apa pun jua yang anda lakukan , ucapan kami semoga anda berbahagia di Hari Raya.
Apa pun jua yang anda lakukan , ucapan kami semoga anda berbahagia di Hari Raya.
Saturday, June 11, 2011
Kulit muka cantik ,segar dan cerah.
Cuti persekolahan pertengahan sudah pun berakhir. Semua kanak - kanak mengeluh untuk bersiap pergi ke sekolah. Kerja sekolah yang belum siap, tugasan yang masih belum selesai , soalan yang masih belum terjawab. Tidak lupa juga bagi mereka yang menduduki peperiksaan besar seperti SPM dan PMR. jangan lupa untuk mengulang kaji pelajaran.
Kami warga poliklinik mymedik mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Promosi berkhatan sudah pun berakhir. Promosi ini akan kembali lagi pada cuti akhir tahun nanti.
Di sini kami ingin menawarkan perkhidmatan untuk mencatikkan dan mencerahkan kulit. Kulit muka kelihatan seperti muda dan segar. Tiada kesan sampingan. Perkhidmatan ini sesuai untuk semua golongan samada lelaki atau perempuan khususnya untuk mereka yang mengalami kulit muka yang kusam dan tidak bermaya. Jika sesiapa yang berminat sila hubungi kami di talian yang disediakan dan berhubung terus dengan Dr. Nadirah Adam.
Sila layari vitamin c and collagen
Terima Kasih.

Saturday, February 12, 2011
Kempen Pemeriksaan Kesihatan
Sebagai pengamal perubatan, kami ingin menggalakan kepada semua agar menyedari hakikat penjagaan kesihatan. Kesihatan merupakan harta sepanjang hayat. Ia perlu di jaga supaya kita sentiasa kekal sihat.
Untuk itu kami menyediakan pakej- pakej penjagaan kesihatan yang berguna dan sesuai untuk semua golongan. Jika anda merupakan mereka yang amat mementingkan kesihatan sila click di Health Screening Package. http://healthscreeningpackage.blogspot.com/

Saturday, August 28, 2010
Selamat Datang
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Salam Ramadhan
Salam 1Malaysia
Selamat Datang kepada semua yang melawati blog ini.
Sebagai pembukaan , klinik ini telah dibuka bermula 12 Julai 2010. sehingga kini terdapat 235 pesakit baru yang telah mendaftar di klinik kami.
Klinik ini berkonsepkan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan profesional.
Melalui konsep ini, kami menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap untuk merawat pelbagai jenis penyakit juga khidmat kaunselling yang profesional.
Klinik ini terletak bersebelahan dengan Domino's Pizza Puchong Utama.
Alamat klinik adalah :
No 8, Jalan PU 7/2 , Pusat Bandar Puchong Utama, 47140 Puchong
Hubungi kami di talian 03-80651839
atau email kan sebarang pertanyaan di alamat mymedik@gmail.com
kami mengalu-alukan kehadiran semua .
Terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)