Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang 2012

Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana program berkhatan 2011 telah pun berakhir. terima kasih tidak terhingga kepada semua kanak - kanak dan para ibu bapa yang telah menyertai program kami . Penghargan ini juga kami rakamkan kepada ahli jawatankuasa surau Al-Falah , jalan kebun Kelang, surau aman putra Puchong dan ahli jawatankuasa masjid putra perdana kerana telah menjayakan program berkhatan 2011. Seramai hampir 300 kanak - kanak telah selamat disunatkan.
Berlalunya tahun 2011 dengan penuh dugaan dan cabaran serta kenangan manis yang mencuit hati, kini tiba pula tahun baru 2012. Selamat datang tahun baru , semoga memberi kebaikan kepada kami dan juga para pengunjung klinik kami ini. Sepenuh jiwa dan raga kami cuba untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan yang diberi agar para pengunjung mendapat yang terbaik daripada kami. Jika ada sebarang komen, teguran dan cadangan kami terima dengan hati yang terbuka demi untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik dari kami. Selamat Datang 2012....

Friday, September 2, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Warga Poliklinik Mymedik mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, pandulah dengan jiwa yang tenang. Ingatlah mereka yang menanti kepulangan anda. Bagi adik - adik, berhati - hati ketika main mercun dan bunga api. jangan sampai hilang tangan atau jari. Fikirlah masa depan anda. Diwaktu menyambut hari lebaran ini, jangan sampai berlebih-lebihan. Makanlah ikut kesihatan. bagi mereka yang mula berpuasa sunat enam , selamat berpuasa, Semoga tabah menghadapi dugaan di hari raya.
Apa pun jua yang anda lakukan , ucapan kami semoga anda berbahagia di Hari Raya.  

Saturday, June 11, 2011

Kulit muka cantik ,segar dan cerah.

Cuti persekolahan pertengahan sudah pun berakhir. Semua kanak - kanak mengeluh untuk bersiap pergi ke sekolah. Kerja sekolah yang belum siap, tugasan yang masih belum selesai , soalan yang masih belum terjawab. Tidak lupa juga bagi mereka yang menduduki peperiksaan besar seperti SPM dan PMR. jangan lupa untuk mengulang kaji pelajaran.
Kami warga poliklinik mymedik mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Promosi berkhatan sudah pun berakhir. Promosi ini akan kembali lagi pada cuti akhir tahun nanti.
Di sini kami ingin menawarkan perkhidmatan untuk mencatikkan dan mencerahkan kulit. Kulit muka kelihatan seperti muda dan segar. Tiada kesan sampingan. Perkhidmatan ini sesuai untuk semua golongan samada lelaki atau perempuan khususnya  untuk mereka yang mengalami kulit muka yang kusam dan tidak bermaya.  Jika sesiapa yang berminat sila hubungi kami di talian yang disediakan dan berhubung terus dengan Dr. Nadirah Adam.
Sila layari  vitamin c and collagen
Terima Kasih.

Saturday, February 12, 2011

Kempen Pemeriksaan Kesihatan

Sebagai pengamal perubatan, kami ingin menggalakan kepada semua agar menyedari hakikat penjagaan kesihatan. Kesihatan  merupakan  harta sepanjang hayat. Ia perlu di jaga supaya kita sentiasa kekal sihat.
Untuk itu  kami menyediakan pakej- pakej penjagaan kesihatan yang berguna dan sesuai untuk semua golongan. Jika anda merupakan mereka yang amat mementingkan kesihatan sila click di Health Screening Package. http://healthscreeningpackage.blogspot.com/

Saturday, August 28, 2010

Selamat Datang

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Salam Ramadhan
Salam 1Malaysia

Selamat Datang kepada semua yang melawati blog ini.

Sebagai pembukaan , klinik ini telah dibuka bermula 12 Julai 2010. sehingga kini terdapat 235 pesakit baru yang telah mendaftar di klinik kami.
Klinik ini berkonsepkan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan profesional.
Melalui konsep ini, kami menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap untuk merawat pelbagai jenis penyakit juga khidmat kaunselling yang profesional.
Klinik ini terletak bersebelahan dengan Domino's Pizza Puchong Utama.
Alamat klinik adalah :
No 8, Jalan PU 7/2 , Pusat Bandar Puchong Utama, 47140 Puchong
Hubungi kami di talian 03-80651839
atau email kan sebarang pertanyaan di alamat mymedik@gmail.com
kami mengalu-alukan kehadiran semua .
Terima kasih.