Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Salam Ramadhan .. Alhamdulilah kita di pertemukan kembali dengan ramadhan. Bagi umat Islam seluruh dunia, inilah masa untuk kita mempertingkatkan ibadah. Banyak peluang dan slot yang disediakan oleh Allah untuk menambah iman: Nuzul Al-Quran, Qiamullail, Tarawikh, Lailatul Qadr, Zakat Fitrah, Sedekah jariah, Iftar Jamai ... semuanya tu diperuntukkan Allah untuk umat islam memperbanyakkan ibadah.
Jangan lupa kesihatan badan juga hendaklan dijaga supaya kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna . Minum air lebih sedikit ketika berbuka dan bersahur agar dapat meningkat hidrasi ketika berpuasa. jangan makan terlalu banyak ketika berbuka , kerana ia mengundang penyakit berkaitan metabolisma dan saluran pencernaan.
Semoga ramadhan kali ini memberi berkah serta menambah iman didada. insya Allah
Ramadhan Kareem .
Thursday, July 3, 2014
selamat berpuasa
Tidak terlalu lambat lagi untuk kami mengucapkan selamat berpuasa.
Tunaikanlah ibadah berpuasa dengan penuh pengharapan kepada Allah agar puasa kita diterima Nya. Juga berlumbalah untuk mengerjakan segala ibadah samada wajib atau sunat keran ganjaran nya tidak terhingga di akhirat nanti.
jangan lupa untu menjaga kesihatan ketika berpuasa. kekalkan hidrasi badan agar kita sentiasa segar untuk mengejakan ibadah.
Selamat berpuasa .

Monday, June 2, 2014
yeah.. cuti sekolah pertengahan tahun.
Salam sejahtera ..
Cuti sekolah pertengahan tahun sedang berlangsung. pada saat ini , seramai 20 orang kanak - kanak lelaki telah Berjaya kami sunatkan . Alhamdulilah setakat ini tiada komplikasi yang berlaku..
Seramai 10 orang kanak - kanak lelaki juga akan disunatkan pada hari ini.
Tidak sampai sebulan lagi untuk umat islam menunaikan tanggungjawabnya untuk berpuasa. ramadhan akan menjelma tidak lama lagi.
kami mengucapkan menanti kehadiran ramadhan. Ahlan wa sahlan ya - ramadhan...

Wednesday, January 1, 2014
Assalamualaikum 2014
Selamat tinggal dan terima kasih 2013
Pelbagai suka duka telah kami lalui sepanjang 2013
yang baik kami jadikan pedoman dan akan simpan dalam kotak ingatan yang tak elok kami jadikan pengajaran untuk kami terus maju.
Khususnya bagi program Jom Berkhatan 2013 yang telah berlalu..
Seramai hampir 400 orang kanak-kanak telah berjaya kami sunatkan . Tahniah adik - adik. Anda telah pun menjadi lelaki dewasa
Semoga dengan usaha murni kami dan anda akan membuat adik - adik bertambah cekal dan berani di masa hadapan . Insya Allah
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat :
1.0) Ahli rukun tetanga apartment seri tanjung USJ 16
2.0) Rukun tetangga Taman Mas
3.0) Ahli kariah surau cheras maju
4.0) ahli kariah surau nurul iman saujana puchong
5.0) JOHARA Radio ERA FM
Kerana telah menjemput kami untuk menjayakan program berkhatan pada tahun 2013 yang lepas . Semoga dengan usaha murni kalian akan diberikan ganjaran yang setimpalnya oleh Allah.
Diharap dihujung tahun 2014 nanti akan lebih usaha murni kami semua . Insha Allah .
Disini saya sertakan gambar - gambar kengan manis sepnajnag tempoh berkhatan .
Terima kasih kepada semua .

Saturday, October 19, 2013
Jom Berkhatan!
Seperti tahun - tahun lepas , kami akan memulakan kempen Jom Berkhatan! promosi sempena cuti sekolah . Harga yang masih sama pada kadar RM 100 seorang termasuk ubat dan rawatan susulan ( Wound Inspection ) Dengan menggunakan kaedah laser ( bipolar diathermy ) ia dapat mengurangkan pendarahan seterusnya mempercepatkan penyembuhan . Secara puratanya proses penyembuhan berlaku seawal 2 hingga 3 hari daripada tarikh berkhatan. Setakat ini pada rekod yang kami ada seramai hampir 1000 orang kanak - kanak telah berjaya kami sunatkan . Alhamdulilah , setakat ini tiada major komplikasi yang dialami oleh kanak - kanak tersebut.
Kepada semua ibu bapa yang mempunyai kanak - kanak lelaki yang masih belum berkhatan , ayuh, tunaikan tanggungjawab anda untuk mengkhatankan mereka. Ingat berkhatan pada kanak - kanak lelaki muslim adalah Fardu.
Banyak faedah dan kebaikan berkhatan sama ada dari segi kesihatan mahupun tuntuan agama. Antaranya ialah boleh menjaga kebersihan dan mengelakkan jangkitan kuman di saluran kencing, mengurangkan risiko mendapat penyakit Sexual transmitted disease dan juga HIV.
Untuk membuat tempahan sila hubungi kami di talian 03-80651839.

Saturday, December 29, 2012
Selamat tahun baru 2013
Selamat tahun Baru 2013
Pelbagai pahit manis yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan ditinggalkan sebagai kenangan. Bermacam- macam peristiwa yang terjadi akan dijadikan sejarah dalam kehidupan. Berbagai perasaan suka duka dalam kehidupan akan dicatitkan dalam sudut kotak hati dan ingatan.
Apa yang penting adalah kehidupan mestilah diteruskan. Banyak lagi hajat yang masih belum tercapai. Berbilang lagi cita - cita dan angan - angan yang belum ditunaikan. Pelbagai lagi perkara yang perlu diubah untuk membentuk masa depan yang cemerlang.
Tahun 2013 akan muncul tidak lama lagi. Marilah kita sama - sama mencipta satu mercu tanda kegemilangan untuk mencipta sejarah dalam kehidupan bagi masa depan yang gemilang. Ubahlah apa yang berlaku pada silam bagi membaiki masa depan yang terbilang.
Ucapan kami beribu dan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung, pesakit dan pelanggan kami kerana telah memberi sokongan yang penuh kepada kami untuk terus maju hingga ke saat ini. Kami beriltzam untuk membaiki lagi perkhidmatan kami demi menjamin perkhidmatan kesihatan primer yang terbaik kepada semua pesakit.
Selamat menyambut tahun baru 2013!

Friday, October 19, 2012
Salam 1Malaysia ,
Musim cuti sekolah semakin hampir ...
dan musim peperiksaan sedang rancak .. PMR baru saja berakhir, UPSR dah pun habis dan kini SPM yang akan muncul tidak lama lagi..
Selain dari itu, pelajar - pelajar universiti juga kebanyakannya akan menduduki peperiksaan. Apapun jua , walau dimana jua pun anda berada , kami mengucapkan selamat menduduki peperiksaan . semoga mendapat kejayaan yang diinginkan . InsyaAllah..
Di sini kami ingi membuka semula promosi berkhatan sempena cuti sekolah. Bagi Ibu Bapa yang mempunyai anak lelaki berumur 7 tahun ke atas yang masih belum bersunat, bolehlah mendaftarkan nama anak anda di klinik kami. Seperti tahun lepas , harga masih tetap RM100 dgn kaedah yang sama dan orang yang sama..
Jangan lepaskan peluang anda untuk sama - sama menunaikan tanggungjawab ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)