Wednesday, January 1, 2014

Assalamualaikum 2014
Selamat tinggal dan terima kasih 2013

Pelbagai suka duka telah kami lalui sepanjang 2013
yang baik kami jadikan pedoman dan akan simpan dalam kotak ingatan yang tak elok kami jadikan pengajaran untuk kami terus maju.

Khususnya bagi program Jom Berkhatan 2013 yang telah berlalu..
Seramai hampir 400 orang kanak-kanak telah berjaya kami sunatkan . Tahniah adik - adik. Anda telah pun menjadi lelaki dewasa
Semoga dengan usaha murni kami dan anda akan membuat adik - adik bertambah cekal dan berani di masa hadapan . Insya Allah

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat :
1.0) Ahli rukun tetanga apartment seri tanjung USJ 16
2.0) Rukun tetangga Taman Mas
3.0) Ahli kariah surau cheras maju
4.0) ahli kariah surau nurul iman saujana puchong
5.0) JOHARA Radio ERA FM

Kerana telah menjemput kami untuk menjayakan program berkhatan pada tahun 2013 yang lepas . Semoga dengan usaha murni kalian akan diberikan ganjaran yang setimpalnya oleh Allah.

Diharap dihujung tahun 2014 nanti akan lebih usaha murni kami semua . Insha Allah .
Disini saya sertakan gambar - gambar kengan manis sepnajnag tempoh berkhatan .

Terima kasih kepada semua .















Saturday, October 19, 2013

Jom Berkhatan!

         Seperti tahun - tahun lepas , kami akan memulakan kempen Jom Berkhatan! promosi sempena cuti sekolah . Harga yang masih sama pada kadar RM 100 seorang termasuk ubat dan rawatan susulan ( Wound Inspection ) Dengan menggunakan kaedah laser ( bipolar diathermy ) ia dapat mengurangkan pendarahan seterusnya mempercepatkan penyembuhan . Secara puratanya proses penyembuhan berlaku seawal 2 hingga 3 hari daripada tarikh berkhatan.  Setakat ini pada rekod yang kami ada seramai hampir 1000 orang  kanak - kanak telah berjaya kami sunatkan . Alhamdulilah , setakat ini tiada major komplikasi yang dialami oleh kanak - kanak tersebut.
         Kepada semua ibu bapa yang  mempunyai kanak - kanak lelaki yang masih belum   berkhatan , ayuh, tunaikan tanggungjawab anda untuk mengkhatankan mereka. Ingat berkhatan pada kanak - kanak lelaki muslim adalah Fardu.
          Banyak faedah dan kebaikan berkhatan sama ada dari segi kesihatan mahupun tuntuan agama. Antaranya ialah boleh menjaga kebersihan dan mengelakkan jangkitan kuman di saluran kencing, mengurangkan risiko mendapat penyakit Sexual transmitted disease dan juga HIV.
Untuk membuat tempahan sila hubungi kami di talian 03-80651839.

Saturday, December 29, 2012

Selamat tahun baru 2013

Selamat tahun Baru 2013

Pelbagai pahit manis yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan ditinggalkan sebagai kenangan. Bermacam- macam peristiwa yang terjadi akan dijadikan sejarah dalam kehidupan. Berbagai perasaan suka duka dalam kehidupan akan dicatitkan dalam sudut kotak hati dan ingatan.
Apa yang penting adalah kehidupan mestilah diteruskan. Banyak lagi hajat yang masih belum tercapai. Berbilang lagi cita - cita dan angan - angan yang belum ditunaikan. Pelbagai lagi perkara yang perlu diubah untuk membentuk masa depan yang cemerlang.
Tahun 2013 akan muncul tidak lama lagi. Marilah kita sama - sama mencipta satu mercu tanda kegemilangan untuk mencipta sejarah dalam kehidupan bagi masa depan yang gemilang. Ubahlah apa yang berlaku pada  silam bagi membaiki masa depan  yang terbilang.
Ucapan kami beribu dan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung, pesakit dan pelanggan kami kerana telah memberi sokongan yang penuh kepada kami untuk terus maju hingga ke saat ini. Kami beriltzam untuk membaiki lagi perkhidmatan kami demi menjamin perkhidmatan kesihatan primer yang terbaik kepada semua pesakit.
Selamat menyambut tahun baru 2013! 

Friday, October 19, 2012

Salam 1Malaysia ,

Musim cuti sekolah semakin hampir ...
dan musim peperiksaan sedang rancak .. PMR baru saja berakhir, UPSR dah pun habis dan kini SPM yang akan muncul tidak lama lagi..
Selain dari itu, pelajar - pelajar universiti juga kebanyakannya akan menduduki peperiksaan. Apapun jua , walau dimana jua pun anda berada , kami mengucapkan selamat menduduki peperiksaan . semoga mendapat kejayaan yang diinginkan . InsyaAllah..
Di sini kami ingi membuka semula promosi berkhatan sempena cuti sekolah. Bagi Ibu Bapa yang mempunyai anak lelaki berumur 7 tahun ke atas yang masih belum bersunat, bolehlah mendaftarkan nama anak anda di klinik kami. Seperti tahun lepas , harga masih tetap RM100 dgn kaedah yang sama dan orang yang sama..
Jangan lepaskan peluang anda untuk sama - sama menunaikan tanggungjawab ini.

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri..

Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran umat islam diseluruh dunia akan tiba tidak lama lagi. Bagi kami warga kerja Poliklinik Mymedik ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Jagalah kesihatan anda setiap masa. Kawal pemakanan anda ketika berHari Raya. Adik - adik jika ingin bermain bunga api, jaga diri baik-baik, kemalangan boleh terjadi bila - bila masa saja. Bagi yang sedang memandu pulang ke kampung halaman, Selamat Pulang berhari raya. pandu cermat jiwa selamat.
Dikesempatan ini juga kami ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pesakit, pelanggan dan juga tetamu yang telah datang ke klinik kami . Harapan kami supaya anda kekal sihat sentiasa.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.





Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang 2012

Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana program berkhatan 2011 telah pun berakhir. terima kasih tidak terhingga kepada semua kanak - kanak dan para ibu bapa yang telah menyertai program kami . Penghargan ini juga kami rakamkan kepada ahli jawatankuasa surau Al-Falah , jalan kebun Kelang, surau aman putra Puchong dan ahli jawatankuasa masjid putra perdana kerana telah menjayakan program berkhatan 2011. Seramai hampir 300 kanak - kanak telah selamat disunatkan.
Berlalunya tahun 2011 dengan penuh dugaan dan cabaran serta kenangan manis yang mencuit hati, kini tiba pula tahun baru 2012. Selamat datang tahun baru , semoga memberi kebaikan kepada kami dan juga para pengunjung klinik kami ini. Sepenuh jiwa dan raga kami cuba untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan yang diberi agar para pengunjung mendapat yang terbaik daripada kami. Jika ada sebarang komen, teguran dan cadangan kami terima dengan hati yang terbuka demi untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik dari kami. Selamat Datang 2012....

Friday, September 2, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Warga Poliklinik Mymedik mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, pandulah dengan jiwa yang tenang. Ingatlah mereka yang menanti kepulangan anda. Bagi adik - adik, berhati - hati ketika main mercun dan bunga api. jangan sampai hilang tangan atau jari. Fikirlah masa depan anda. Diwaktu menyambut hari lebaran ini, jangan sampai berlebih-lebihan. Makanlah ikut kesihatan. bagi mereka yang mula berpuasa sunat enam , selamat berpuasa, Semoga tabah menghadapi dugaan di hari raya.
Apa pun jua yang anda lakukan , ucapan kami semoga anda berbahagia di Hari Raya.