Wednesday, September 20, 2017

Assalamaualaikum wbt and good day to all

Setelah sekian lama kami menceburi bidang berkhatan dan sambutan yang semakin hangat, kami ingin memperkenalkan sebuah pusat berkhatan baru dan yang pertama di Malaysia. Pusat berkhatan ini kami kendalikan dengan menggunakan peralatan yang canggih dan serta ruang menunggu yang selesa. Perkhidmatan berkhatan berkhatan ini kami tawarkan kepada semua golongan umur daripada bayi berumur sebulan hingga dewasa.
Di sini, kami menggunakan kaedah laser , cautery , solehring dan plastibell.

Sebagai permulaan kami memperkenalkan harga promosi untuk berkhatan kanak kanak lelaki sempena cuti sekolah RM150 sama ada menggunakan kaedah solehring atau laser.

Jika berminat boleh menghubungi kami melalui :
sms/whatsapp/call : 013 2975451
email: mymedikalhealthcare@gmail.com
facebook: www.facebook.com/mymedikal.healthcare/






Friday, March 24, 2017

Assalamaulaikum wbt

Kami ingin memperkenalkan produk baru kami iaitu solehring

Solehring merupakan alat pakai buang yang digunakan khas untuk berkhatan kanak kanak lelaki.
Kami telah pun menggunakan alat ini dan alhamdulilah setakat ini tiada kesan yang memudaratkan.
Solehring ini telah pun diuji secara klinikal dan telah pun mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Untuk mengetahui lebih lanjut , sila layari  www.solehring.com




Tuesday, October 4, 2016

Tempahan untuk berkhatan bagi musim cuti sekolah 2016 telah pun di buka. Sesiapa yang berminat silalah hubungi 03-80651839 atau 0380515451.

Monday, July 4, 2016



Ucapan khas ditujukan buat semua :
Selamat Hari Raya Aidil Fitri . Maaf Zahir dan batin .
Berhati hatilah di jalan raya .
Utamakan keselamatan dan kesihatan sepanjang musim perayaan.
Peringatan khas buat ibu bapa yang mempunyai kanak kanak dibawah umur 5 tahun. Awasilah anak anda dan elakkan daripada dijangkii penyakit berjangkit seperti Diphteria dan pertussis yang semakin menular.
Dapatkan rawatan kesihatan dengan segera jika didapati anak anda mempunyai tanda tanda penyakit seperti demam, sakit tekak dan tidak boleh menelan,.
Kami di sini sentiasa mendoakan agar semuanya dalam keadaan sihat.

Semoga Hari raya kali ini lebih bermakna untuk kita semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



Tuesday, October 20, 2015

Jom Berkhatan!

Assalamualaikum wbt..

Kita semakin menghampiri akhir tahun 2015..
Sebagai muslim kita telah pun melangkah ke tahun baru ..
semoga kita mendapat semangat yang baru .
Dikesempatan ini, kami ingin membuka promosi berkhatan untuk sesi 2015.

Harga yang sama , cara yang sama..
Bagi mereka yang masih belum berkhatan atau kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak lelaki yang belum berkhatan.. jangan lepaskan peluang ini.

Sila hubungi kami di talian 03 80651839 untuk menempah slot berkhatan atau datang sendiri ke klinik kami di :
No. 8,
Jalan PU 7/2 ,
Pusat Bandar Puchong Utama
47100 Puchong .

Sesi berkhatan kali ini akan di buat pada setiap hari.

Cepat .. selagi slot masih ada.

Semoga berjumpa kembali .


Monday, August 17, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua .
Setelah sekian lama menyepi oleh kerana kesibukan harian .
Bulan Ogos seringkali dikaitkan dengan bulan kemerdekaan.
Di Kesempatan ini , kami ingin meniup semangat patriotic yang ada pada semua rakyat Malaysia.
sayangilah Negara Malaysia yang tercinta ini.
Selamat Hari Kemerdekaan !

Tuesday, October 21, 2014

Tak sunat lagi?! Jom...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cuti sekolah hujungtahun hampir bermula ..
Kepada sesapa yang mempunyai anak, anak - anak, anak sedara, anak angkat, anak tiri, anak menakan, anak menantu atau diri sendiri   yang masih belum bersunat, anda masih tidak terlewat untuk menunaikan tangunggjawab tersebut.
Di sini kami menyediakan ruang dan tempat untuk anda melaksanakan tanggungjawab tersebut.
promosi sempena cuti sekolah hanya sekadar RM120 sahaja.
Anda boleh menghubungi kami di talian 03-80651839 atau 0380515451 untuk menempah masa dan slot.
Tahun lepas kami dan team Radio ERA JoHaRa pagi bersama Johan dan kawan- kawannya telah berjaya melaksanakan program Mari Berkhatan . seramai 10 orang telah kami sunatkan pada ketika itu. Jumlah kanak - kanak yang telah kami sunatkan setakat ini telah melebehi 1000 orang. Alhamdulilah semuanya selamat.






Friday, September 12, 2014

Disini Lahirnya sebuah cinta

Kemerdekaan bagi kami adalah dapat merasai kebebasan yang mutlak sebagai rakyat Malaysia. Kebebasan ini adalah nikmat dan anugerah yang diberikan oleh Allah yang harus kita syukuri. Bukan semua Negara di dunia ini dapat menikmati rasa kemerdekaan.
Kerana ada Negara yang merdeka tapi masih tidak bebas,
Kerana ada Negara yang sudah merdeka tapi hati dan pemikiran masih di jajah
Kerana ada Negara yang masih belum merdeka
Kerana ada Negara yang sudah lama merdeka, tapi masih berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan .
kerana itu , kena ada rasa kecintaan untuk sebuah Negara yang sudah merdeka dan bebas.
Dan disinilah lahirnya sebuah cinta
  

Friday, July 25, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2014



Sekalung ucapan dari kami untuk semua . Moga hari raya yang bakal tiba ini memberi barkah kepada semua. Jaga kesihatan anda , jangan makan terlalu banyak, Eratkan hubungan silaturrahim antara keluarga, Jaga keselamatan di jalan raya , pandu cermat . Jika mengantuk , sila lah singgah dahulu di stesyen minyak ke R&R ke.. dan yang paling penting untuk adik2 , jangan main mercun yang dilarang. sayangilah jiwa anda.
Selamat hari raya aidil fitri dari kami.

Friday, July 18, 2014

Berdoa dan bersimpati pada MH17

Awal pagi tadi seluruh dunia khususnya seluruh Malaysia telah digemparkan dengan satu lagi berita yang sangat menyedihkan. Pesawat  MAS MH 17 yang bertolak dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak dan jatuh terhempas di sempadan Russia dan Ukraine. Di beritakan bahawa kesemua penumpangnya maut ditempat kejadian.
Kami disini turut merasa hiba dan bersimpati atas berita ini. Di harapkan agar para keluarga , sahabat serta kenalan kepada  penumpang agar tabah menghadapi ujian ini.
Kematian itu satu kepastian. itu janji Allah. Semua yang bernyawa pasti merasai mati. Itu adalah pengajaran bagi kita yang hidup. Kita akan di jemput Allah bila - bila masa sahaja tanpa diduga. Orang yang bijak adalah orang sentiasa mengingati mati..
bersabarlah dan tabahlah menghadapi ujian ini. Salam Takziah dari Kami.
 

Sunday, July 13, 2014

Freedom for Gaza , Palestinian..

We standby on you Gaza.. May Allah grant you a strong heart and Iman. Insya Allah

Thursday, July 3, 2014

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan


Salam Ramadhan .. Alhamdulilah kita di pertemukan kembali dengan ramadhan. Bagi umat Islam seluruh dunia, inilah masa untuk kita mempertingkatkan ibadah. Banyak peluang dan slot yang disediakan oleh Allah untuk menambah iman: Nuzul Al-Quran, Qiamullail, Tarawikh, Lailatul Qadr, Zakat Fitrah, Sedekah jariah, Iftar Jamai ... semuanya tu diperuntukkan Allah untuk umat islam memperbanyakkan ibadah.
Jangan lupa kesihatan badan juga hendaklan dijaga supaya kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna . Minum air lebih sedikit ketika berbuka dan bersahur agar dapat meningkat hidrasi ketika berpuasa. jangan makan terlalu banyak ketika berbuka , kerana ia mengundang penyakit berkaitan metabolisma dan saluran pencernaan.
Semoga ramadhan kali ini memberi berkah serta menambah iman didada. insya Allah
Ramadhan Kareem .
 


selamat berpuasa

Tidak terlalu lambat lagi untuk kami mengucapkan selamat berpuasa.
Tunaikanlah ibadah berpuasa dengan penuh pengharapan kepada Allah agar puasa kita diterima Nya. Juga berlumbalah untuk mengerjakan segala ibadah samada wajib atau sunat keran ganjaran nya tidak terhingga di akhirat nanti.
jangan lupa untu menjaga kesihatan ketika berpuasa. kekalkan hidrasi badan agar kita sentiasa segar untuk mengejakan ibadah.
Selamat berpuasa .


Monday, June 2, 2014

yeah.. cuti sekolah pertengahan tahun.

Salam sejahtera ..


Cuti sekolah pertengahan tahun sedang berlangsung. pada saat ini , seramai 20 orang kanak - kanak lelaki  telah Berjaya kami sunatkan . Alhamdulilah setakat ini tiada komplikasi yang berlaku..
Seramai 10 orang kanak - kanak lelaki juga akan disunatkan pada hari ini.
Tidak sampai sebulan lagi untuk umat islam menunaikan tanggungjawabnya untuk berpuasa. ramadhan akan menjelma tidak lama lagi.
kami mengucapkan menanti kehadiran ramadhan. Ahlan wa sahlan ya - ramadhan...

Wednesday, January 1, 2014

Assalamualaikum 2014
Selamat tinggal dan terima kasih 2013

Pelbagai suka duka telah kami lalui sepanjang 2013
yang baik kami jadikan pedoman dan akan simpan dalam kotak ingatan yang tak elok kami jadikan pengajaran untuk kami terus maju.

Khususnya bagi program Jom Berkhatan 2013 yang telah berlalu..
Seramai hampir 400 orang kanak-kanak telah berjaya kami sunatkan . Tahniah adik - adik. Anda telah pun menjadi lelaki dewasa
Semoga dengan usaha murni kami dan anda akan membuat adik - adik bertambah cekal dan berani di masa hadapan . Insya Allah

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat :
1.0) Ahli rukun tetanga apartment seri tanjung USJ 16
2.0) Rukun tetangga Taman Mas
3.0) Ahli kariah surau cheras maju
4.0) ahli kariah surau nurul iman saujana puchong
5.0) JOHARA Radio ERA FM

Kerana telah menjemput kami untuk menjayakan program berkhatan pada tahun 2013 yang lepas . Semoga dengan usaha murni kalian akan diberikan ganjaran yang setimpalnya oleh Allah.

Diharap dihujung tahun 2014 nanti akan lebih usaha murni kami semua . Insha Allah .
Disini saya sertakan gambar - gambar kengan manis sepnajnag tempoh berkhatan .

Terima kasih kepada semua .















Saturday, October 19, 2013

Jom Berkhatan!

         Seperti tahun - tahun lepas , kami akan memulakan kempen Jom Berkhatan! promosi sempena cuti sekolah . Harga yang masih sama pada kadar RM 100 seorang termasuk ubat dan rawatan susulan ( Wound Inspection ) Dengan menggunakan kaedah laser ( bipolar diathermy ) ia dapat mengurangkan pendarahan seterusnya mempercepatkan penyembuhan . Secara puratanya proses penyembuhan berlaku seawal 2 hingga 3 hari daripada tarikh berkhatan.  Setakat ini pada rekod yang kami ada seramai hampir 1000 orang  kanak - kanak telah berjaya kami sunatkan . Alhamdulilah , setakat ini tiada major komplikasi yang dialami oleh kanak - kanak tersebut.
         Kepada semua ibu bapa yang  mempunyai kanak - kanak lelaki yang masih belum   berkhatan , ayuh, tunaikan tanggungjawab anda untuk mengkhatankan mereka. Ingat berkhatan pada kanak - kanak lelaki muslim adalah Fardu.
          Banyak faedah dan kebaikan berkhatan sama ada dari segi kesihatan mahupun tuntuan agama. Antaranya ialah boleh menjaga kebersihan dan mengelakkan jangkitan kuman di saluran kencing, mengurangkan risiko mendapat penyakit Sexual transmitted disease dan juga HIV.
Untuk membuat tempahan sila hubungi kami di talian 03-80651839.

Saturday, December 29, 2012

Selamat tahun baru 2013

Selamat tahun Baru 2013

Pelbagai pahit manis yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan ditinggalkan sebagai kenangan. Bermacam- macam peristiwa yang terjadi akan dijadikan sejarah dalam kehidupan. Berbagai perasaan suka duka dalam kehidupan akan dicatitkan dalam sudut kotak hati dan ingatan.
Apa yang penting adalah kehidupan mestilah diteruskan. Banyak lagi hajat yang masih belum tercapai. Berbilang lagi cita - cita dan angan - angan yang belum ditunaikan. Pelbagai lagi perkara yang perlu diubah untuk membentuk masa depan yang cemerlang.
Tahun 2013 akan muncul tidak lama lagi. Marilah kita sama - sama mencipta satu mercu tanda kegemilangan untuk mencipta sejarah dalam kehidupan bagi masa depan yang gemilang. Ubahlah apa yang berlaku pada  silam bagi membaiki masa depan  yang terbilang.
Ucapan kami beribu dan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung, pesakit dan pelanggan kami kerana telah memberi sokongan yang penuh kepada kami untuk terus maju hingga ke saat ini. Kami beriltzam untuk membaiki lagi perkhidmatan kami demi menjamin perkhidmatan kesihatan primer yang terbaik kepada semua pesakit.
Selamat menyambut tahun baru 2013! 

Friday, October 19, 2012

Salam 1Malaysia ,

Musim cuti sekolah semakin hampir ...
dan musim peperiksaan sedang rancak .. PMR baru saja berakhir, UPSR dah pun habis dan kini SPM yang akan muncul tidak lama lagi..
Selain dari itu, pelajar - pelajar universiti juga kebanyakannya akan menduduki peperiksaan. Apapun jua , walau dimana jua pun anda berada , kami mengucapkan selamat menduduki peperiksaan . semoga mendapat kejayaan yang diinginkan . InsyaAllah..
Di sini kami ingi membuka semula promosi berkhatan sempena cuti sekolah. Bagi Ibu Bapa yang mempunyai anak lelaki berumur 7 tahun ke atas yang masih belum bersunat, bolehlah mendaftarkan nama anak anda di klinik kami. Seperti tahun lepas , harga masih tetap RM100 dgn kaedah yang sama dan orang yang sama..
Jangan lepaskan peluang anda untuk sama - sama menunaikan tanggungjawab ini.

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri..

Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran umat islam diseluruh dunia akan tiba tidak lama lagi. Bagi kami warga kerja Poliklinik Mymedik ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Jagalah kesihatan anda setiap masa. Kawal pemakanan anda ketika berHari Raya. Adik - adik jika ingin bermain bunga api, jaga diri baik-baik, kemalangan boleh terjadi bila - bila masa saja. Bagi yang sedang memandu pulang ke kampung halaman, Selamat Pulang berhari raya. pandu cermat jiwa selamat.
Dikesempatan ini juga kami ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pesakit, pelanggan dan juga tetamu yang telah datang ke klinik kami . Harapan kami supaya anda kekal sihat sentiasa.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.





Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang 2012

Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana program berkhatan 2011 telah pun berakhir. terima kasih tidak terhingga kepada semua kanak - kanak dan para ibu bapa yang telah menyertai program kami . Penghargan ini juga kami rakamkan kepada ahli jawatankuasa surau Al-Falah , jalan kebun Kelang, surau aman putra Puchong dan ahli jawatankuasa masjid putra perdana kerana telah menjayakan program berkhatan 2011. Seramai hampir 300 kanak - kanak telah selamat disunatkan.
Berlalunya tahun 2011 dengan penuh dugaan dan cabaran serta kenangan manis yang mencuit hati, kini tiba pula tahun baru 2012. Selamat datang tahun baru , semoga memberi kebaikan kepada kami dan juga para pengunjung klinik kami ini. Sepenuh jiwa dan raga kami cuba untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan yang diberi agar para pengunjung mendapat yang terbaik daripada kami. Jika ada sebarang komen, teguran dan cadangan kami terima dengan hati yang terbuka demi untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik dari kami. Selamat Datang 2012....